Wednesday 7 January 2015

Vitalea for Children (Multivitamin untuk Kanak-kanak)

Dengan adanya supplement seperti ini, anda tidak perlu risau lagi jika anak anda tidak suka makan makanan berkhasiat.  Pengambilan 2 biji Vitalea for children adalah bersamaan dengan 5 cawan jus tembikai cantaloupe, 6 auns oren, 3 gelas susu, 10 sudu makan peanut butter, 4 mangkuk brokoli, 1.5 mangkuk sayur bayam, 6.5 mangkuk pucuk brussels dan 3 mangkuk kacang merah.


Antara manfaat Chewable multivitamin ini adalah:
  1. Melengkapkan nitrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  2. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. Memberikan perlindungan menentang kerosakan  radikal bebas
  6. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. Meningkatkan pengghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  12. Membantu memulihkan selera makan dan pencernaan
  13. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  14. Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  15. Membantu penyerapan zat makan

Hubungi saya untuk keterangan selanjutnya.
 

Tuesday 6 January 2015

Healing Crisis (Krisis Penyembuhan)

Krisis penyembuhan adalah satu proses pembuangan toksin.  Keadaan ini biasanya berlaku apabila kita mula-mula mengambil supplement di mana supplement tersebut bertindak membuang toksin di dalam badan sebelum mula menyerap masuk khasiat-khasiatnya ke dalam badan kita.  Proses ini juga kenali sebagai 'healing crisis'. 

Jangan bimbang atau panik dan teruskan pengambilan supplement seperti yang disarankan kerana keadaan ini biasanya bersifat sementara dan tempoh maksimum adalah selama dua (2) minggu sahaja.  Anda tidak digalakkan untuk berhenti sementara atau berhenti terus pengambilan supplement kerana ini akan menggangu proses pembuangan toksin tersebut.  Sekiranya anda berhenti, dibimbangi anda perlu mengulangi proses ini buat kali kedua.

Di antara 'healing crisis' serta sebab mengapa perkara ini berlaku adalah seperti berikut:



Apa-apa pun, pastikan anda minum air sekurang-kurang 2 hingga 3 liter bagi memastikan supplement dapat memberi faedah optimum kepada badan anda dan mengelakkan masalah kekurangan air dalam badan.

Boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Vivix

Vivix merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.  Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Apa itu polifenol?

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Manfaat utama Vivix adalah:

1.   Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
2.   Membantu meningkatkan metabolisma
3.   Membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular (jantung)
4.   Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah
5.   Membntu mencegah masalah jantung dan strok
6.   Sifat antioksida vivix yang kuat membantu melawan radikal bebas berbahaya
7.   Mengurangkan keradangan
8.   Membantu mengekalkan tahap kolestrol yang sihat
9.   Membantu menggalakkan paras gula dalam darah di tahap yang sihat.



Di antara manfaat-manfaat lain vivix adalah:

1.   Melambatkan penuaan
2.   Membantu mencegah kanser (telah ada testimoni)
3.   Mengurangkan risiko penyakit jantung
4.   Mengurangkan komplikasi pesakit diabetis (Kencing manis)
5.   Menyokong kesihatan sendi (baik untuk orang yang ada sakit lutut)
6.   Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
7.   Membantu dalam pengurangan berat badan
8.   Meningkatkan sistem imun
9.   Meningkatkan kesihatan mata
10. Menyokong kesihatan secara menyeluruh

Siapa yang memerlukan Vivix:

1.   Pesakit diabetis (kencing manis)
2.   Pesakit arthritis (sakit sendi)
3.   Pesakit gout
4.   Pesakit kanser yang menjalani kemoterapi
5.   Orang yang rabun mata/golong yang mempunyai masalah selaput mata (perlukan antioksidan yang tinggi)
6.   Golongan yang mementingkan kesihatan badan yang maksimum
7.   Atlit atau ahli sukan
8.   Orang yang mengalami kegagalan sesuatu organ di dalam badan
9.   Pesakit SLE
10. Pesakit Jantung
11. Pesakit Darah Tinggi
12. Orang yang pernah mendapat stroke
13. Wanita yang mempunyai Cyst (ketumbuhan dalam rahim)
14. Orang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah
15. Perokok tegar
16. Ketagihan dadah
17. Ibu bapa yang sibuk bekerja seharian menguruskan anak-anak dan tanggungjawab lain.

Walau bagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi.  Ianya berbentuk cecair pekat berwarna maroon.  Hanya perlu diminum sesudu teh sahaja sekali sehari.

Namun begitu, bagi pesakit kanser, disarankan mengambil dos yang lebih tinggi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan cepat.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat serta cara pengambilannya.

Alfalfa


Alfalfa ini memang sudah terkenal sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala keperluan harian tubuh manusia.  Di antara khasiatnya adalah:

1.   Sebagai penggalak susu yang mempercepatkan penghasilan susu badan untuk ibu   yang menyusukan bayi.

2.   Mencuci usus bagi membuang toksik

3.  Memberi sensasi 'rasa sejuk'

4.  Memberi kelegaan semasa haid

5.   Merawat arthritis

6.   Bagus untuk alergi dan ekzema

7.   Merawat athsma (lelah/semput)

8.   Menghilangkan kelesuan dan tekanan

9.   Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggan

10.  Menuetralkan asid dalam badan

11.  Merawat masalah keputihan pada wanita

12.  Membesar dan menegangkan payudara

13.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

14.  Memulihkan urat selepas bersalin

15.  Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

16.  Meningkatkan stamina seorang suami

17.  Melegakan sembelit (dengan syarat minum air secukupnya)

18.  Membuang angin dalam badan

19.  Melegakan sakit sendi dan belakang.


Sekiranya anda mempunyai simpton-simpton seperti di atas dan inginkan maklumat serta nasihat selanjutnya, boleh hubungi saya.


Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
ID:                    1122919
Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
Emel:                lin6657@gmail.com
Tel/Whatsapp : (012) 4853066

Thursday 11 December 2014

Bermulanya Sebuah Perjalanan Baru

Hari ini aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka.  Aku balik kerja agak lewat hari ini sebab menyediakan kertas Tender yang perlu dikemukakan ke Kementerian esok.  Dah melewati waktu Magrib baru aku keluar dari ofis.  Rumah tak berapa jauh, so dalam lebih kurang 10-15 minit aku dah sampai kat rumah.  Badan dah mula penat, makan malam pulak dah memang ada, so aku tak perlu lah berkejar ke dapur dan tak juga perlu berkejar mandi untuk solat sebab tengah 'cuti'.  Sambil merehat badan, aku pun apa lagi, mulalah nak check Facebook.  Kat ofis macam susah sangat nak buka FB sebab akhir-akhir ni agak sibuk, tambahan pula Disember ni bulan tutup akaun, aku kerja kat Unit Kewangan, memang sibuk dengan banyak benda hujung-hujung tahun ini sebab nak kejar semua payment sebelum tarikh tutup akaun.

Bukak je FB aku dah nampak perkataan "Welcome Aboard" dari Master Lionize aku.  Hati pun mula berdebar-debar nak klik ke tidak tapi memang tak sabar sangat nak tahu sama ada aku diterima masuk ke dalam Group baru iaitu Jutawatan Lionize, dengar cerita ramai sangat yang mohon nak masuk, aku tak berani nak harap, tapi sebenarnya dalam hati dan doaku, aku benar-benar memohon padaNya agar aku diterima masuk dalam group ni sebab aku benar-benar ingin mengubah kehidupanku kepada sesuatu yang lebih baik.  Niat hati nak jadi Jutawan Dunia, Jutawan Akhirat memang dah terpahat dalam hati sejak aku mula-mula dengar frasa ni dari Dr Azizan Osman.  

Alhamdulillah, rupa-rupanya aku TERPILIH di antara 15 orang untuk mengorak langkah menjadi Jutawan Lionize.  Memang aku faham, komitmen kena tinggi, tak boleh dah leka-leka, kena push diri keluar dari zon selesa dan banyak lagi yang perlu aku korbankan demi cita-cita aku menjadi JUTAWAN DUNIA dan JUTAWAN AKHIRAT.  Sebenarnya aku benar-benar tertarik dengan pendekatan serta tawaran dari Master aku ini kerana pakej yang ditawarkan bukan sahaja untuk dunia malah untuk akhirat sekali.  Aku tahu ini jalan yang aku harus pilih untuk membina caj-caj positif dalam diri, aku ingin menebus segala dosa-dosa lalu dan aku ingin bantu lebih ramai orang memilih jalan ini.

"YaAllah, Kau berilah aku kekuatan fizikal dan mental dalam aku mengharungi setiap cabaran yang akan datang untuk aku terus kekal dan berjaya dalam Group Jutawan Lionize ini"

Sesiapa yang berminat boleh juga menjadi ahli.  Kami memasarkan produk kesihatan dan di samping itu, kami push diri kami untuk lebih dekat dengan Allah, menghargai ibu-bapa dan orang-orang tersayang di sekeliling.







Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
ID:                    1122919
Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
Emel:                lin6657@gmail.com
Tel/Whatsapp : (012) 4853066






Saturday 6 December 2014

Kanser Usus

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat mengenai kanser kolon yang biasa terjadi pada lelaki tapi ada juga saya dengar perempuan dapat penyakit ni.

Tahukah anda jika anda makan setiap hari tetapi tidak melengkapkan prosesnya iaitu "membuang" juga setiap hari, anda sebenarnya mempunyai masalah usus besar yang tidak sihat.  Masalah usus tidak sihat ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengakibatkan kanser usus atau "colon canser".

Orang yang dah kena kanser usus ini, kuman kanser itu akan merebak dari sehari ke sehari sehingga sampai satu tahap usus anda perlu dibuang (melalui pembedahan) iaitu dipendekkan sedikit demi sedikit dan akhirnya bila dah terlalu pendek, ianya tidak boleh lagi sampai ke lubang dubur anda.  Doktor akan menebuk satu lubang kecil di perut anda untuk mengeluarkan bahagian hujung usus besar yang masih berbaki itu untuk tujuan pembuangan najis secara automatik pada setiap hari.  Proses ini dilakukan dengan cara melekatkan satu beg najis yang kecil yang dinamakan "Colostomy Bag" di mana najis akan keluar dengan sendirinya pada setiap hari.

Bayangkan keadaan ini jika ianya terjadi pada anda atau keluarga terdekat anda.  "Colostomy Bag" ini perlu diganti setiap hari dan kawasan di sekitarnya perlu dibersihkan dengan menggunakan tisu basah atau kain lembap yang bersih agar tidak berlaku jangkitan kuman di sekitar kulit perut yang ditebuk itu.  Bayangkan betapa susahnya untuk kita melakukan tugas ini dan biasanya pesakit memerlukan keluarga terdekat untuk melakukannya kerana agak sukar untuk kita melihat dengan jelas di sekeliling kawasan berkenaan untuk kita bersihkan sendiri.  Saya sendiri ada pengalaman menguruskan pesakit yang telah sampai tahap ini.

Sanggupkah anda lalui semua ini atau sangguhkan anda lihat keluarga anda jadi begini?  Jagalah kesihatan usus anda dengan meminum air yang secukupnya, vitamin c atau buah-buahan yang secukupnya dan ketahulah bahawa Herbalax dapat membantu anda mengelakkan keadaan ini.  Malah doktor mengatakan bahawa orang yang rajin mengambil Herbalax ni, ususnya lebih muda dari usianya yang sebenar.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat selanjutnya.

Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
ID:                    1122919
Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
Emel:                lin6657@gmail.com
Tel/Whatsapp : (012) 4853066


 

VITAMIN E

Sebagaimana kita tahu, Vitamin E memang cukup bagus untuk kulit.  Di samping itu, Vitamin E juga mempunyai banyak faedah lain yang mungkin kita tidak tahu langsung mengenainya.  Mari kita lihat betapa banyaknya menafaat yang kita boleh dapat dari Vitamin E ini.

  • Berfungsi sebagai agen anti penuaan dan anti oksida, yang mana ini akan menyerikan wajah yang kusam
  • Mempercepatkan  proses pemulihan kulit terutama bagi yang mempunyai masalah kulit kering.
  • Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
  • Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
  • Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik
  • Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit, menghilangkan parut-parut serta mengecilkan pori-pori muka.



Di samping itu, Vitamin E juga memainkan peranan dalam hubungan suami isteri.  Di sini disertaka beberapa fungsi yang boleh kita perolehi.

Peranan Vitamin E kepada Lelaki (Suami)
  • Memberikan lebih tenaga dan bertahan untuk tempoh yang lebih panjang
  • Tahap ereksi yang lebih lama
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas
Peranan Vitamin E kepada Wanita (Isteri)
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama
  • Isteri juga lebih mudah teransang
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggi (kandungna prolaktin)
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
Untuk bantuan khidmat nasihat tentang cara pengambilan suplement ini, anda boleh berhubung terus dengan saya atau meninggalkan komen di ruangan di bawah




. Facebookhttps://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7 
ID: 1122919  
Blog: mylinsalina.blogspot.com  
Emel: lin6657@gmail.com  
SMS/ Whatsapp: (012) 4853066