Thursday 11 December 2014

Bermulanya Sebuah Perjalanan Baru

Hari ini aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka.  Aku balik kerja agak lewat hari ini sebab menyediakan kertas Tender yang perlu dikemukakan ke Kementerian esok.  Dah melewati waktu Magrib baru aku keluar dari ofis.  Rumah tak berapa jauh, so dalam lebih kurang 10-15 minit aku dah sampai kat rumah.  Badan dah mula penat, makan malam pulak dah memang ada, so aku tak perlu lah berkejar ke dapur dan tak juga perlu berkejar mandi untuk solat sebab tengah 'cuti'.  Sambil merehat badan, aku pun apa lagi, mulalah nak check Facebook.  Kat ofis macam susah sangat nak buka FB sebab akhir-akhir ni agak sibuk, tambahan pula Disember ni bulan tutup akaun, aku kerja kat Unit Kewangan, memang sibuk dengan banyak benda hujung-hujung tahun ini sebab nak kejar semua payment sebelum tarikh tutup akaun.

Bukak je FB aku dah nampak perkataan "Welcome Aboard" dari Master Lionize aku.  Hati pun mula berdebar-debar nak klik ke tidak tapi memang tak sabar sangat nak tahu sama ada aku diterima masuk ke dalam Group baru iaitu Jutawatan Lionize, dengar cerita ramai sangat yang mohon nak masuk, aku tak berani nak harap, tapi sebenarnya dalam hati dan doaku, aku benar-benar memohon padaNya agar aku diterima masuk dalam group ni sebab aku benar-benar ingin mengubah kehidupanku kepada sesuatu yang lebih baik.  Niat hati nak jadi Jutawan Dunia, Jutawan Akhirat memang dah terpahat dalam hati sejak aku mula-mula dengar frasa ni dari Dr Azizan Osman.  

Alhamdulillah, rupa-rupanya aku TERPILIH di antara 15 orang untuk mengorak langkah menjadi Jutawan Lionize.  Memang aku faham, komitmen kena tinggi, tak boleh dah leka-leka, kena push diri keluar dari zon selesa dan banyak lagi yang perlu aku korbankan demi cita-cita aku menjadi JUTAWAN DUNIA dan JUTAWAN AKHIRAT.  Sebenarnya aku benar-benar tertarik dengan pendekatan serta tawaran dari Master aku ini kerana pakej yang ditawarkan bukan sahaja untuk dunia malah untuk akhirat sekali.  Aku tahu ini jalan yang aku harus pilih untuk membina caj-caj positif dalam diri, aku ingin menebus segala dosa-dosa lalu dan aku ingin bantu lebih ramai orang memilih jalan ini.

"YaAllah, Kau berilah aku kekuatan fizikal dan mental dalam aku mengharungi setiap cabaran yang akan datang untuk aku terus kekal dan berjaya dalam Group Jutawan Lionize ini"

Sesiapa yang berminat boleh juga menjadi ahli.  Kami memasarkan produk kesihatan dan di samping itu, kami push diri kami untuk lebih dekat dengan Allah, menghargai ibu-bapa dan orang-orang tersayang di sekeliling.







Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
ID:                    1122919
Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
Emel:                lin6657@gmail.com
Tel/Whatsapp : (012) 4853066






Saturday 6 December 2014

Kanser Usus

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat mengenai kanser kolon yang biasa terjadi pada lelaki tapi ada juga saya dengar perempuan dapat penyakit ni.

Tahukah anda jika anda makan setiap hari tetapi tidak melengkapkan prosesnya iaitu "membuang" juga setiap hari, anda sebenarnya mempunyai masalah usus besar yang tidak sihat.  Masalah usus tidak sihat ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengakibatkan kanser usus atau "colon canser".

Orang yang dah kena kanser usus ini, kuman kanser itu akan merebak dari sehari ke sehari sehingga sampai satu tahap usus anda perlu dibuang (melalui pembedahan) iaitu dipendekkan sedikit demi sedikit dan akhirnya bila dah terlalu pendek, ianya tidak boleh lagi sampai ke lubang dubur anda.  Doktor akan menebuk satu lubang kecil di perut anda untuk mengeluarkan bahagian hujung usus besar yang masih berbaki itu untuk tujuan pembuangan najis secara automatik pada setiap hari.  Proses ini dilakukan dengan cara melekatkan satu beg najis yang kecil yang dinamakan "Colostomy Bag" di mana najis akan keluar dengan sendirinya pada setiap hari.

Bayangkan keadaan ini jika ianya terjadi pada anda atau keluarga terdekat anda.  "Colostomy Bag" ini perlu diganti setiap hari dan kawasan di sekitarnya perlu dibersihkan dengan menggunakan tisu basah atau kain lembap yang bersih agar tidak berlaku jangkitan kuman di sekitar kulit perut yang ditebuk itu.  Bayangkan betapa susahnya untuk kita melakukan tugas ini dan biasanya pesakit memerlukan keluarga terdekat untuk melakukannya kerana agak sukar untuk kita melihat dengan jelas di sekeliling kawasan berkenaan untuk kita bersihkan sendiri.  Saya sendiri ada pengalaman menguruskan pesakit yang telah sampai tahap ini.

Sanggupkah anda lalui semua ini atau sangguhkan anda lihat keluarga anda jadi begini?  Jagalah kesihatan usus anda dengan meminum air yang secukupnya, vitamin c atau buah-buahan yang secukupnya dan ketahulah bahawa Herbalax dapat membantu anda mengelakkan keadaan ini.  Malah doktor mengatakan bahawa orang yang rajin mengambil Herbalax ni, ususnya lebih muda dari usianya yang sebenar.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat selanjutnya.

Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
ID:                    1122919
Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
Emel:                lin6657@gmail.com
Tel/Whatsapp : (012) 4853066


 

VITAMIN E

Sebagaimana kita tahu, Vitamin E memang cukup bagus untuk kulit.  Di samping itu, Vitamin E juga mempunyai banyak faedah lain yang mungkin kita tidak tahu langsung mengenainya.  Mari kita lihat betapa banyaknya menafaat yang kita boleh dapat dari Vitamin E ini.

  • Berfungsi sebagai agen anti penuaan dan anti oksida, yang mana ini akan menyerikan wajah yang kusam
  • Mempercepatkan  proses pemulihan kulit terutama bagi yang mempunyai masalah kulit kering.
  • Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
  • Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
  • Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik
  • Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit, menghilangkan parut-parut serta mengecilkan pori-pori muka.



Di samping itu, Vitamin E juga memainkan peranan dalam hubungan suami isteri.  Di sini disertaka beberapa fungsi yang boleh kita perolehi.

Peranan Vitamin E kepada Lelaki (Suami)
  • Memberikan lebih tenaga dan bertahan untuk tempoh yang lebih panjang
  • Tahap ereksi yang lebih lama
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas
Peranan Vitamin E kepada Wanita (Isteri)
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama
  • Isteri juga lebih mudah teransang
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggi (kandungna prolaktin)
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
Untuk bantuan khidmat nasihat tentang cara pengambilan suplement ini, anda boleh berhubung terus dengan saya atau meninggalkan komen di ruangan di bawah




. Facebookhttps://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7 
ID: 1122919  
Blog: mylinsalina.blogspot.com  
Emel: lin6657@gmail.com  
SMS/ Whatsapp: (012) 4853066




Wednesday 26 November 2014

Kulit Cantik dan Gebu


.Sebagai seorang wanita, pasti kita semua inginkan kulit yang cantik dan gebu kan?  Ada sesiapa di antara wanita di luar sana yang tidak teringin nak jadi cantik?

Pemakanan dan amalan kebersihan merupakan aspek yang perlu diberi penekanan dalam menjaga kecantikan diri luar dan dalam.

Tidak perlu beli kosmetik yang mahal untuk kelihatan gebu dan cantik, dah ramai yang cuba dengan mengamalkan minum ESP (Non-GMO Soy) dan makan Sustained Released Vitamin C sebiji sehari, anda mampu mendapatkan wajah yang lebih gebu dan cantik, InsyaAllah.  Memang benar segala apa yang kita nikmati ini datangnya dari Allah s.w.t. tapi kita juga tidak boleh duduk diam dengan hanya menadah tangan.  Allah tak tolong orang yang tidak mahu menolong dirinya sendiri, so kenalah kita berusaha untuk dapatkan sesuatu.


.
Sustained Released Vitamin C



Energetic Soy Protein








Untuk bantuan khidmat nasihat tentang cara pengambilan kedua-dua suplement ini, anda boleh berhubung terus dengan saya atau meninggalkan komen di ruangan di bawah

.
Facebook: https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
Shaklee ID: 1122919
Blog: mylinsalina.blogspot.com
Emel: lin6657@gmail.com
SMS/ Whatsapp: (012) 4853066















Saturday 22 November 2014

LIONIZE GROUP



Saya dah lama kenal produk kesihatan ni dan ianya memang terkenal sebab dah kukuh berdiri melebihi 50 tahun tapi tak pernah teringin nak cuba. Suatu hari En Suami balik dari kerja dan minta saya 'add friend'  isteri kenalan dia.  Entah kenapa saya tak tanya sangat dan terus saja 'add friend'....mungkin sebab taat pada kata-kata suami, saya tak bantah dan terus je buat apa dia suruh. 

Setelah beberapa kali berWhatsapp, saya pun terus nekad untuk daftar jadi ahli.  Niat awalnya sebab nak beli Vivix untuk mak yang ada macam-macam penyakit.  Lepas tu saya cuba beli Advanced Joint Health Tablet untuk saya sendiri sebab saya dah lama sakit lutut. Dah tahap 3 kata doktor.  Pernah diberi suntikan gel ke dalam lutut kanan dan terpaksa solat menggunakan kerusi selama 3 tahun.

Mula-mula makan, saya rasa sakit makin teruk, sampai demam teruk menahan sakit dan terus refer pada upline masa tu, upline kata kena banyakkan minum air dan teruskan supliment sebab sakit tu disebabkan oleh proses "Healing Crisis" dan juga pembuangan bahan toksik dalam badan.

Dalam keadaan yang tidak berapa percaya, saya teruskan juga dan mula minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Masuk hari ke 10 saya dah mula rasa lutut saya tidak sakit. Masa tu tak terkata gembiranya hati saya.  Saya pun mula mencuba-cuba untuk solat seperti biasa, mula-mula memang sakit sikit tapi Alhamdulillah sehingga kini saya dah boleh solat macam orang lain, tidak perlu menggunakan kerusi.  Syukur sangat-sangat pada Allah kerana dengan izinNya jua saya dapat kembali sujud seperti biasa.

Bila dah mula rasa semakin sihat, saya nekad untuk terus jadi ahli yang aktif dalam mempromosi produk kesihatan ini sebab saya dah dapat rasa menafaatnya, kenapa tidak saya kongsikan juga dengan orang lain, sekurang-kurangnya dengan rakan-rakan sekerja dan saudara mara.  Upline saya selalu berpesan, niatkan untuk tolong orang lain, insyaAllah kita akan dapat pertolongan dari Dia.  Kata-katanya itu memang terbukti, semakin hari semakin ramai yang mula order produk kesihatan dengan saya, malah saya suruh mereka juga jadi ahli, boleh dapat harga yang lebih murah walaupun hanya untuk makan sendiri.

Sehingga kini, penyertaan dalam keluarga besar Lionize ini, telah banyak memberi saya inspirasi, ilmu yang berguna (boleh cakap ala-ala doktor gituuu), dan yang paling penting saya diajar untuk mendekatkan diri dengan Allah, diajar untuk jadi 'luar biasa', solat awal waktu, dhuha, tahajjud, sedekah setiap hari dan banyak lagi.  Percayalah, jika anda nak rasa kemanisannya, buatlah semua tu, insyaAllah, Allah bayar kita 'cash' kat dunia lagi.

Saya sangat-sangat bersyukur menjadi keluarga Lionize kerana saya dididik, dipimpin dan di'mentor' oleh orang-orang yang telah berjaya dan mereka semua tak pernah lupa mengingatkan saya untuk menjadi insan yang lebih baik terutama di mata Allah, ibu dan orang-orang yang kita sayangi.

Keluarga Lionize telah banyak menaikkan semangat saya terutama ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik, sentiasa bersyukur, menghargai ibu dan yang paling penting taat pada segala perintah Allah.  Serious saya katakan, saya dah pernah join 2 - 3 MLM, tak pernah jumpa yang macam ni.

Anda juga boleh jadi seperti saya dan mereka-mereka yang lebih berjaya, sertailah group Lionize dan insyaAllah kita sama-sama berusaha membantu lebih ramai orang di luar sana dan membantu diri sendiri mendekati Allah.

Yuran Penyertaan Seumur Hidup cuma RM65 sahaja (daftar di cawangan) dan RM75 (daftar online).
    • Bonus bulanan
    • Khidmat nasihat percuma
    • Pakej umrah dan percutian percuma
    • Latihan dari semasa ke semasa.....dan banyak lagi
    • Anda dapat beli produk dengan harga ahli.

    Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7 

    Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
    Emel:                lin6657@gmail.com
    Tel/Whatsapp : (012) 4853066