Thursday 11 December 2014

Bermulanya Sebuah Perjalanan Baru

Hari ini aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka.  Aku balik kerja agak lewat hari ini sebab menyediakan kertas Tender yang perlu dikemukakan ke Kementerian esok.  Dah melewati waktu Magrib baru aku keluar dari ofis.  Rumah tak berapa jauh, so dalam lebih kurang 10-15 minit aku dah sampai kat rumah.  Badan dah mula penat, makan malam pulak dah memang ada, so aku tak perlu lah berkejar ke dapur dan tak juga perlu berkejar mandi untuk solat sebab tengah 'cuti'.  Sambil merehat badan, aku pun apa lagi, mulalah nak check Facebook.  Kat ofis macam susah sangat nak buka FB sebab akhir-akhir ni agak sibuk, tambahan pula Disember ni bulan tutup akaun, aku kerja kat Unit Kewangan, memang sibuk dengan banyak benda hujung-hujung tahun ini sebab nak kejar semua payment sebelum tarikh tutup akaun.

Bukak je FB aku dah nampak perkataan "Welcome Aboard" dari Master Lionize aku.  Hati pun mula berdebar-debar nak klik ke tidak tapi memang tak sabar sangat nak tahu sama ada aku diterima masuk ke dalam Group baru iaitu Jutawatan Lionize, dengar cerita ramai sangat yang mohon nak masuk, aku tak berani nak harap, tapi sebenarnya dalam hati dan doaku, aku benar-benar memohon padaNya agar aku diterima masuk dalam group ni sebab aku benar-benar ingin mengubah kehidupanku kepada sesuatu yang lebih baik.  Niat hati nak jadi Jutawan Dunia, Jutawan Akhirat memang dah terpahat dalam hati sejak aku mula-mula dengar frasa ni dari Dr Azizan Osman.  

Alhamdulillah, rupa-rupanya aku TERPILIH di antara 15 orang untuk mengorak langkah menjadi Jutawan Lionize.  Memang aku faham, komitmen kena tinggi, tak boleh dah leka-leka, kena push diri keluar dari zon selesa dan banyak lagi yang perlu aku korbankan demi cita-cita aku menjadi JUTAWAN DUNIA dan JUTAWAN AKHIRAT.  Sebenarnya aku benar-benar tertarik dengan pendekatan serta tawaran dari Master aku ini kerana pakej yang ditawarkan bukan sahaja untuk dunia malah untuk akhirat sekali.  Aku tahu ini jalan yang aku harus pilih untuk membina caj-caj positif dalam diri, aku ingin menebus segala dosa-dosa lalu dan aku ingin bantu lebih ramai orang memilih jalan ini.

"YaAllah, Kau berilah aku kekuatan fizikal dan mental dalam aku mengharungi setiap cabaran yang akan datang untuk aku terus kekal dan berjaya dalam Group Jutawan Lionize ini"

Sesiapa yang berminat boleh juga menjadi ahli.  Kami memasarkan produk kesihatan dan di samping itu, kami push diri kami untuk lebih dekat dengan Allah, menghargai ibu-bapa dan orang-orang tersayang di sekeliling.







Facebook :       https://www.facebook.com/salina.abdulrahman.7
ID:                    1122919
Blog:                 mylinsalina.blogspot.com
Emel:                lin6657@gmail.com
Tel/Whatsapp : (012) 4853066






No comments:

Post a Comment